My Add

Thursday 9 August 2012

Usaha selamatkan karier Anwar

Oleh TERMIZI CHE ANUAR
KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 201: Tindakan 'orang tengah' cuba memujuk Presiden Parti Bersatu India, Datuk S. Nallakaruppan memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala dakwaan yang dibuat selama ini, dilihat sebagai jalan terakhir bagi menyelamatkan karier ketua pembangkang itu daripada terus terkubur.

Presiden Gerakan Reformasi Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar berkata, pendedahan demi pendedahan yang dibuat Nallakaruppan selama ini telah memberi kesan buruk kepada Anwar dan seterusnya menjadi punca sokongan rakyat kepada pakatan pembangkang turut merosot.

"Usaha itu menjelaskan bahawa segala dakwaan Nallakaruppan tentang perilaku buruk bekas rakan baiknya itu memang benar.

"Atas sebab itu mereka terpaksa memujuk Nallakarupan memohon maaf kepada Anwar supaya timbul persepsi kononnya ketua pembangkang itu tidak bersalah dan semua dakwaan itu hanya fitnah," katanya ketika dihubungi di sini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment