My Add

Thursday 9 August 2012

Wan Azizah perlu ambil tindakan segera

KUALA LUMPUR, RABU, 08 Ogos, 2012: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu mengambil tindakan segera berhubung skandal yang dikatakan membabitkan Timbalannya, Azmin Ali yang telah sekian lama didiamkan oleh pucuk pimpinan tertinggi parti itu.

Bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah berkata, jika benar ada cubaan menutup kes tersebut oleh kepimpinan tertinggi PKR, ia membuktikan pakatan pembangkang bersikap hipokrit serta berdolak-dalik apabila wujud skandal yang dikaitkan dengan pemimpin mereka.

''Wan Azizah juga wajar mengadakan sidang akhbar bersama isteri Azmin, Shamsidar Taharin bagi menjelaskan kedudukan sebenar isu yang membabitkan pasangan mereka,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tiga bulan lalu, beberapa laman blog menyiarkan gambar seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang melakukan seks oral bersama seorang wanita di dalam sebuah tandas. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment