My Add

Tuesday 4 October 2011

ADUN Johol, Md Roslan Yusof meninggal dunia

SEREMBAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Johol, Negeri Sembilan, Datuk Roslan Md Yusof (gambar), meninggal dunia jam 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Tunku Ampuan Najihah dan jenazahnya dijadual dikebumikan di Johol selepas solat Zuhur nanti.Allahyarham adalah ADUN daripada Barisan Nasional (BN).


Pilihan raya kecil Johol tidak akan diadakan: SPR


Pilihan raya kecil bagi kawasan DUN Johol, tidak akan diadakan memandangkan Pilihan Raya Umum ke-13 bakal diadakan tidak lama lagi.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata tempoh untuk mengadakan pilihan raya kecil sudah tamat dan kekosongan kerusi itu harus diletakkan di bawah tanggungjawab parti yang menang di kawasan itu iaitu Barisan Nasional (BN).

“Kerusi DUN Johol akan diisi pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti,” katanya ketika dihubungi Berita Haria Online.


Beliau diminta mengulas kematian Datuk Roslan jam 4 pagi tadi dipercayai akibat komplikasi paru-paru.

No comments:

Post a Comment