My Add

Tuesday 4 October 2011

Jangan ketepi bekas wakil rakyat dalam belanjawan - Mubarak

KUALA LUMPUR: Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) memohon kerajaan tidak mengetepikan bekas wakil rakyat dalam Belanjawan 2012 yang akan dibentang Jumaat ini.

Ketua Penerangannya Datuk Abdul Rahman Sulaiman berkata, Mubarak telah menghantar memorandum kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa bulan lepas yang antara lain meminta kerajaan melihat kembali faedah persaraan untuk wakil rakyat.

"Kerajaan ada membuat penambahbaikan kaedah persaraan kepada penjawat awam tetapi bekas wakil rakyat tertinggal dan tidak dimasukkan dalam kajian semula itu.

"Begitu juga pada masa pesara mendapat pemberian khas sebanyak RM500, kami juga tidak menerimanya. Kita harap ini dapat diperbetulkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment