My Add

Tuesday 1 November 2011

Kerajaan lebih bersedia hadapi kemungkinan banjir besar

ISNIN, 31 Oktober, 2011: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan lebih bersedia bagi menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut bulan depan.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata beliau akan mendapatkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan bagi merangka persiapan untuk menghadapi bencana itu, lapor Bernama.

“Kita sentiasa bersedia, cuma kita tidak boleh jangka keadaan macam mana, jadi kita kena bersedia lebih daripada biasa,” katanya kepada pemberita di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, hari ini.

Beliau ditemui pemberita selepas mengucapkan selamat jalan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, yang berlepas ke Madinah dan seterusnya ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji.

Laporan sebuah akhbar hari ini menyebut penduduk Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, timur Sarawak dan Sabah dinasihat supaya bersiap sedia untuk menghadapi gelombang banjir yang dijangka lebih besar berikutan peralihan musim Monsun Timur Laut.

No comments:

Post a Comment