My Add

Tuesday 1 November 2011

Malaysia sasar 36 juta pelancong asing menjelang 2020

ISNIN, 31 Oktober, 2011: Sejumlah 36 juta pelancong asing dijangka berkunjung ke negara ini menjelang tahun 2020 dengan anggaran pendapatan pelancongan sebanyak RM168 bilion, kata Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen.

Bernama memetik beliau sebagai berkata, sasaran itu mampu dicapai dengan pelaksanaan 12 inisiatif strategik di bawah Bidang Keberhasilan Utama Pelancongan Kebangsaan seperti ”Luxury Malaysia” dan ”Agrotourism”.

"Malaysia pada 2010 telah menerima 24.6 juta pelancong dari seluruh dunia dengan pendapatan pelancongan sebanyak RM56.4 billion... ini menunjukkan pendapatan lebih RM1 bilion seminggu.

"Siapa dapat pendapatan itu? Pemandu teksi, penjual buah-buahan, peniaga makanan dan rakyat kita yang lain. Di sini kita lihat pelancongan agen kemakmuran ekonomi kepada rakyat,” katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 berkaitan kementerian itu pada sidang Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, bagi menarik lebih ramai pelancong, faktor utama yang perlu dititikberatkan oleh rakyat Malaysia ialah kebersihan terutama di kawasan tumpuan pelancong seperti pantai dan kemudahan awam. 

No comments:

Post a Comment