My Add

Tuesday 4 October 2011

Kerajaan mahu akta baru tepati kehendak rakyat

KUALA LUMPUR Pembentangan cadangan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dilakukan pada Mac depan kerana kerajaan mahu dua undang-undang baru mengenai keselamatan negara menepati kehendak rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kerajaan akan memastikan undang-undang tersebut mempunyai peruntukan yang seimbang antara keperluan keselamatan dan perpaduan rakyat, serta semua rakyat dilindungi.

"Ini membabitkan soal penglibatan dan perundingan. Kami mahu undang-undang itu kena dengan kehendak. Kami mahu pastikan apa juga pindaan yang dilakukan bukan retorik,” katanya kepada pemberita, di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau berkata, ini juga peluang kepada kerajaan dan rakyat untuk menentukan peraturan asas bagi transformasi pada masa depan dan membina negara yang lebih baik serta mengamalkan sistem demokrasi yang lebih teguh. — Bernama

No comments:

Post a Comment