My Add

Tuesday 4 October 2011

Pas gerak kempen penerangan Hudud di Kelantan esok

KOTA BHARU; Kerajaan Pas Kelantan akan menggerakkan program penerangan mengenai hukum Hudud di negeri itu termasuk kepada golongan bukan Islam bermula esok, kata Exco Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Katanya, bermula malam esok, sesi ceramah akan diadakan di seluruh negeri termasuk ceramah perdana di sini Khamis ini.

"Oleh kerana hukum Hudud menjadi isu besar, jadi kerajaan PAS perlu ada program penerangan secara besar-besar untuk elak kekeliruan tentang hukum Hudud,” katanya pemberita selepas majlis pelancaran van dakwah bergerak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK) di sini, hari ini. — Bernama

No comments:

Post a Comment