My Add

Sunday 2 October 2011

MCA sedia tukar kerusi dengan komponen BN

KUALA LUMPUR: MCA sedia mempertimbangkan pertukaran kerusi dengan komponen parti Barisan Nasional (BN) dengan syarat calon yang dipertandingkan boleh memberi kemenangan kepada BN dalam pilihan raya akan datang.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, MCA juga tidak mahu mana-mana parti komponen dengan sengaja memohon pertukaran kerusi semata-mata untuk mendapatkan kerusi tambahan.

"Kami akan menyokong mana-mana parti komponen yang mempunyai peluang besar untuk menang,” katanya kepada pemberita pada satu sidang media selepas Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-58 di sini hari ini. - Bernama

No comments:

Post a Comment