My Add

Monday 3 October 2011

Parti komponen Barisan Nasional perlu terbuka

NAJIB mendapat sokongan padu  Majlis  Tertinggi MCA ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-58,  di Kuala Lumpur, semalam.
NAJIB mendapat sokongan padu Majlis Tertinggi MCA ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-58, di Kuala Lumpur, semalam.
                            Oleh Osman Lisut, Shaarani Ismail dan Lum Chee Hong
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu bersikap terbuka dan inklusif dalam memelihara dan menjaga kepentingan semua kaum kerana ia prinsip dan tonggak gagasan 1Malaysia.
Perdana Menteri berkata, sikap terbuka dan inklusif perlu kerana ia akujanji pemimpin yang mengasaskan kerajaan Perikatan serta menjadi asas kerajaan untuk melihat negara terus harmoni, bersatu padu dan stabil.
“Negara kita ini kompleks, tidak mudah untuk mentadbir negara... saya sedar cabarannya besar, tetapi jika kita ada prinsip yang konsisten berdasarkan paradigma baru, parti kita sentiasa dilihat dinamik dan nampak segar, serta terus menjadi relevan pada setiap zaman dan masa,” katanya berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-58 di sini, semalam.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek; Timbalannya, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Perdana Menteri turut meminta semua ahli komponen BN memberi sokongan sepenuhnya kepada semua calon BN pada pilihan raya umum akan datang, walaupun calon diletakkan bukan daripada parti mereka.

“Ada masanya dalam kawasan kita, calon itu mungkin bukan calon MCA, tetapi calon BN. Jangan pula kita kata dia bukan calon kita... dia parti lain tapi ia parti lain dalam BN... kita tak boleh ada semangat seperti ini, kita nak menang dan mempertahankan Putrajaya,” katanya.

Berikutan itu, beliau berkata, persidangan MCA perlu membuat ketetapan bahawa sesiapa saja calon BN, dia akan disokong sepenuhnya semua parti komponen bagi memastikan kemenangan besar.

“Saya juga akan menegaskan pada Perhimpunan Agung UMNO November ini bahawa biarpun kawasan mereka tidak diwakili calon UMNO, wajib bagi mereka menyokong calon yang sudah diputuskan BN.

“Ini perkara asas dan nilai yang ada dalam BN, mengapa Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun V T Sambanthan dan Tun Tan Cheng Lock pada 1950-an berbincang dan duduk semeja? Ini semua kerana formula permuafakatan bagi menjamin masa depan Malaysia.

“Kita sebagai pewarisnya dan generasi akan datang, jangan ubah prinsip. Parti pembangkang boleh ubah prinsip dan sejarah, malah bendera pun boleh ubah, tetapi BN tetap dengan prinsip permuafakatan antara kaum melalui struktur BN,” katanya.

Berucap tanpa teks hampir sejam, Najib yang juga Pengerusi BN turut menempelak pakatan pembangkang yang sehingga ini masih tercari-cari untuk menamakan calon Perdana Menteri dan barisan Kabinet bayangan sebagai persiapan untuk menawan Putrajaya.

“Tugas Perdana Menteri bukan mudah seperti disangkakan, sebaliknya calon untuk jawatan nombor satu itu perlu mendapat sokongan padu semua lapisan rakyat. Bermula daripada Perikatan sehingga ke BN, kita berjaya menyatupadukan rakyat, memelihara keharmonian, mengekalkan keselamatan dan keamanan serta membawa kemajuan.

“Calon Perdana Menteri dan menteri Kabinet BN adalah daripada parti komponen yang diterima semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Tetapi, pakatan pembangkang merangkumi Parti Keadilan Rakyat (PKR), PAS dan DAP masih gagal mencari calon terbaik untuk jawatan ini,” katanya. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment