My Add

Monday 3 October 2011

Hudud: Pas terkapai-kapai harap sokongan DAP bawa rebah

DAP dan Pas bukan sahaja berbeza pandangan, malah amalan. Mentelah lagi ideologi dua parti sekutu pakatan rakyat itu jauh berbeza sekali

Pas kini terkapai-kapai. Harap sokongan DAP pun membawa rebah. DAP terang-terangan menolak pelaksanaan hukum Hudud yang dibawa oleh Pas.

Walaupun Pas masih bercita-cita untuk melaksanakann Hudud di negara ini jika pakatan pembangkang menang pilihan raya kelak, sekutunya DAP mempunyai pendirian berbeza.

Pengerusi DAP, Karpal Singh tetap berkera menyatakan, DAP tidak akan bersetuju pada bila-bila masa pun untuk melaksanakan hukum itu, termasuk yang pernah diluluskan Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Terengganu sebelum ini.

Kata Karpal, pendirian DAP seperti dahulu, tidak bersetuju dengan pelaksanaan hukum Hudud jika parti pembangkang berjaya sekalipun memperoleh majoriti dua pertiga pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Saya rasa mungkin,  untuk mengambil hati Pas, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dengan manis mulut menjelaskan  bahawa perbezaan pandangan berhubung perlaksanaan undang-undang Islam khususnya Hudud, tidak bermakna DAP putus kerjasama dengan Pas.

Ketua Menteri Pulau Pinang itu berkata, DAP tetap akan bekerjasama dengan Pas kerana masih banyak persamaan dalam memperjuangkan keadilan untuk rakyat khususnya melawan Barisan Nasional (BN)..

Semasa menyampaikan pidato di rapat umum sempena Kongres 60 Tahun Pas di Kepala Batas, Pulau malam semalam, Guan Eng secara tegas menyatakan DAP tidak akan bersama UMNO biarpun UMNO juga sama pendirian dengan DAP menolak perlaksanaan Hudud, lapor Harakahdaily.

"Pimpinan DAP jelas, kita tak setuju dengan Hudud. UMNO pun tak setuju dengan Hudud. Tetapi takkan kerana DAP tak setuju, UMNO tak setuju, DAP dan UMNO nak kerjasama.

"Kita terus akan bekerjasama dengan Pas kerana kita masih banyak persamaan. Kita sama-sama lawan rasuah, sama-sama lawan kebatilan, sama-sama lawan BN," tegasnya disambut tepukan dan laungan takbir hadirin











No comments:

Post a Comment