My Add

Sunday, 2 October 2011

Pas tanya bila UMNO nak minta maaf macam Guan Eng?

MENURUT Pas, UMNO tunjuk hero lagi, konon membela Raja-Raja Melayu. Mereka (UMNO) cuba ambil kesempatan kononnya merekalah mempertahankan Raja-Raja Melayu.

“Sahlah pemimpin UMNO manusia lidah bercabang,” kata AJK Pas Pusat, Ustaz Idris Ahmad

Katanya, ketika berada keadaan lemas, apa sahaja mereka akan lakukan.

Harakahdaily memetik Idris sebagai berkaa, jika modal agama boleh dijadikan alat, maka agama akan diperalatkan.

Katanya, jika isu Melayu yang boleh dijadikan modal politik, maka mereka akan menggunakannya.

Sekarang kata Idris, isu kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengatakan negeri Johor tidak selamat sehingga Sultan Johor murka (tersinggung), maka pemimpin UMNO cuba tunjuk hero.

“Lim Guan Eng telah memohon maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, persoalannya bila pula UMNO memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu?” tanya beliau dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rakyat tidak dengar pula, pemimpin UMNO yang mengatakan Sultan Terengganu binatang kerana tidak puas hati apabila Datuk Seri Idris Jusoh tidak dipekenan untuk dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu.

“Bila pula pemimpin UMNO hendak memohon maaf kepada Raja-Raja Melayu yang mengaibkan Raja-Raja Melayu di persidangan Agung UMNO dan rapat umum ketika krisis Pindaaan Perlembagaan UMNO 1983 dan 1991?” soalnya.

Katanya lagi, mungkin pemimpin UMNO lupa dan Pas cuba memperingatkan kepada mereka bagaimana keceluparan mereka kepada Raja-Raja Melayu.

“Rakyat tidak lupa, mungkin pemimpin UMNO buat-buat lupa.

"UMNO patut contohi Guan Eng," katanya.

No comments:

Post a Comment