My Add

Saturday 1 October 2011

Pas ucap takziah kepada keluarga Zahid Hamidi


Harakahdaily

PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi atas kematian ibunya hari ini.

“Diharap keluarga beliau tabah menghadapi pemergian Allahyarhamuha Tuminah. Saya di sini mewakili PAS mengucapkan takziah kepada keluarga Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi,” kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.

Ibu Zahid, Tuminah Abdul Jalil, 81 telah meninggal dunia pada 1.40 pagi ini kerana sakit angin ahmar dan komplikasi jantung.

Jenazah allahyarhamuha dilaporkan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk tengah hari tadi.

Allahyarhamuha meninggalkan suami, Raden Hamidi Abdul Fatah, 87, dan sembilan anak.

No comments:

Post a Comment