My Add

Tuesday 4 October 2011

Pelantikan sembilan anggota J/K Pilihan Khas disahkan

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pemilih Dewan Rakyat yang bermesyuarat hari ini mengesahkan pelantikan sembilan anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya.

Sembilan anggota yang dilantik itu terdiri daripada lima anggota Parlimen Barisan Nasional mewakili semua kaum terbesar termasuk Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili (wakil bagi Sabah dan Kadazan) sebagai pengerusi jawatankuasa khas itu.

Empat yang lain ialah Datuk Alexander Nanta Linggi (wakil bagi Sarawak dan Iban), Datuk Seri Mohd. Radzi Sheikh Ahmad (wakil UMNO dan Melayu), Tan Sri Dr. Fong Chan Onn (wakil MCA dan Cina) serta Anggota Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan (wakil MIC dan India).

Mesyuarat Jawatankuasa Pemilih yang dipengerusikan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini turut mengesahkan pelantikan tiga wakil rakyat pembangkang iaitu Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali, Pengarah Pilihan Raya Pas Dr. Mohd Hatta Ramli dan Timbalan Pengarah Pilihan Raya DAP Anthony Loke.

Konsensus Bebas sepakat melantik Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong untuk mewakili mereka di dalam Jawatankuasa Pilihan Khas itu. - Bernama

No comments:

Post a Comment