My Add

Tuesday 4 October 2011

UMNO bukan punca Pas gagal laksana Hudud

KOTA BHARU: UMNO negeri menyelar Kerajaan Pas Kelantan yang sering mengaitkan parti itu sebagai punca kegagalan dalam melaksanakan hukum Hudud di negeri ini.

Sebaliknya, Ketua Penerangan UMNO negeri, Dali Hussin berkata, kegagalan melaksanakan hudud disebabkan Pas tidak ikhlas kerana ia merupakan isu lama yang sering diulang terutama setiap kali menjelang pilihan raya.

Katanya, keghairahan kerajaan Pas memperkatakan masalah tersebut akhir-akhir ini besar kemungkinan disebabkan antara kempen parti itu untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke- 13 tidak lama lagi.

"Pas seolah-olah tidak mempunyai isu lain yang boleh disebarkan kepada rakyat, lantas isu hudud ini digunakan untuk meraih simpati agar terus mengundi parti itu walaupun apa yang diperkatakan itu sesuatu yang sensitif," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Aidilfitri bersama Warga Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kota Bharu serta Anggota Khidmat Sokongan Kawasan Parlimen Pengkalan Chepa di Sekolah Menengah Kebangsaan Penambang di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Pelajaran Kelantan, Hussain Awang, serta hampir 800 warga PPD dan anggota khidmat sokongan dari sekolah di kawasan Parlimen itu.

Dali menambah, kerajaan Pas telah memerintah Kelantan sejak 21 tahun lalu dan sewajarnya mempunyai perancangan yang rapi dan mengikut prosedur yang diperlukan bagi melaksanakan hukum tersebut. - Utusan

No comments:

Post a Comment