My Add

Wednesday 5 October 2011

UMNO, BN Kelantan digesa tingkatkan usaha turun padang

KUALA LUMPUR: UMNO dan Barisan Nasional (BN) Kelantan perlu menampilkan usaha berganda dari sekarang, jika benar parti itu berhajat mahu merampas semula negeri tersebut daripada Pas.

Naib Presiden Pertubuhan Bukan Kerajaan Turun Padang (NGOTP), Datuk Mohd. Fared Abdul Ghani berkata, ini kerana sehingga kini jentera UMNO dan BN Kelantan dilihat belum bangkit sepenuhnya daripada tidur.

Katanya, jika pemimpin UMNO dan BN Kelantan selesa dengan keadaan sekarang dan enggan melipat ganda usaha untuk turun padang, mustahil parti itu dapat mengalahkan Pas pada pilihan raya umum akan datang.

"Saya melihat kebanyakan pemimpin UMNO dan BN Kelantan masih layu. Mereka selesa dengan kedudukan selaku pembangkang walaupun pelbagai usaha dan program cuba dilaksanakan Datuk Seri Mustapa Mohamed.

"Rakyat Kelantan sebenarnya sudah muak dengan Pas yang gagal membawa perubahan sejak 21 tahun lalu tetapi apa alternatif mereka? Adakah pemimpin UMNO dan BN Kelantan sekarang ini lebih baik daripada Pas?

"Walaupun Pilihan Raya Umum Ke-13 sudah semakin hampir, saya melihat beberapa pemimpin UMNO dan BN Kelantan tidak serius untuk merampas negeri itu," katanya kepada Utusan Malaysiadi sini semalam..

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kegagalan sebahagian besar pemimpin UMNO dan BN Kelantan mendampingi dan menyelami denyut nadi rakyat Kelantan walaupun gelombang merah sudah dilancarkan. - Utusan

No comments:

Post a Comment