My Add

Friday 25 November 2011

36 tahanan Ordinan Darurat akan dibebaskan: Hishammuddin

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 2011: 
KIRA-KIRA 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat akan dibebaskan dalam tempoh masa terdekat ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein. 

Beliau berkata pembebasan itu selaras dengan kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk melaksanakan Program Transformasi Politik fasa kedua melalui pembatalan tiga Proklamasi Darurat.

"Polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membebaskan tidak kurang daripada 36 orang tahanan di bawah Ordinan Darurat.

"Ini adalah proses yang berjalan secara berterusan walaupun pada dasarnya ia mengambil masa selama enam bulan," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini semalam. 

Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, Najib membentangkan usul bagi memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang dianggap masih berkuatkuasa hingga kini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment