My Add

Friday 25 November 2011

Perwakilan perlu berhati-hati tak singgung perasaan kaum lain

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 November, 2011: 
ANGGOTA perwakilan yang berucap pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 minggu depan dinasihatkan agar tidak menyinggung perasaan kaum lain apabila membicarakan agenda Melayu.

Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan yang memberi ingatan itu hari ini berkata, dalam konteks gagasan 1Malaysia, agenda Melayu masih boleh dikembangkan dengan baik tanpa mengguris perasaan kaum lain yang terdapat di negara ini.

"Di sebalik luahan sentimen yang ingin kita nyatakan, jangan lupa bahawa kita dibumbungi dengan dasar 1Malaysia.

"Apabila kita beri pandangan tertentu, kita masih perlu memikirkan perasaan kaum lain yang pelbagai dalam negara ini,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Festival Seni dan Kebudayaan Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) di sini.

Ahmad berkata, UMNO sebagai tunjang parti Barisan Nasional perlu memberikan panduan yang bermanfaat dan dihormati oleh semua kaum. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment