My Add

Saturday 26 November 2011

Ahli politik harus pegang teguh konsep wasatiyah - Dr Chandra

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011: 
AHLI politik harus berpegang teguh kepada prinsip wasatiyah yang berasaskan keadilan dan keseimbangan melalui ucapan dan tindakan, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar hari ini.

"Ahli-ahli politik tidak harus mengorbankan keadilan dan keseimbangan kerana hanya mahu mengejar undi dari kaum atau kumpulan tertentu untuk meraih sokongan bagi mencatat kemenangan dalam pilihan raya.

"Bagi mereka, kuasa politik mendahului segala-galanya. Matlamat menghalalkan cara,” katanya dalam ucaptama pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyah dan 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dr Chandra, yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), berkata, rakyat dan kerajaan Malaysia harus mendukung serta mengamalkan konsep wasatiyah melalui gagasan 1Malaysia. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment