My Add

Thursday 24 November 2011

AUKU dipinda, kerajaan akan rayu keputusan mahkamah

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 November, 2011:
KERAJAAN akan meminda Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti (AUKU) 1971 bagi membolehkan mahasiswa berumur 21 tahun ke atas menyertai parti politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagaimanapun berkata, walaupun pindaan itu membenarkan mahasiswa menyertai parti politik tetapi pihak terbabit dilarang keras membawa budaya kepartian ke dalam kampus.

Pada masa yang sama, beliau mengumumkan kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi akan merayu keputusan Mahkamah Rayuan baru-baru ini yang memutuskan Seksyen 15(5)(a) sebagai tidak sah dan bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Najib, keputusan merayu itu perlu kerana kerajaan berpendapat keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes empat penuntut Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang didakwa terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada April tahun lalu, menimbulkan pelbagai implikasi. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment