My Add

Saturday 26 November 2011

Bantu misi kemanusiaan di seluruh dunia

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011:
RAJA Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah menggesa semua pihak tanpa mengira latar belakang mereka supaya memberikan bantuan sepatutnya dalam apa juga cara bagi menjamin keselamatan manusia di seluruh dunia.

Menyatakan bantuan bukan lagi menjadi tanggungjawab tunggal sesebuah kerajaan, organisasi atau perbadanan tetapi juga setiap individu, baginda bertitah setiap individu di seluruh dunia patut mempunyai perasaan 'bebas ketakutan' atau 'bebas kemahuan'.

"Bagi beta ini bermaksud ia membolehkan seseorang itu tidak berdepan ancaman atau kehilangan nyawa, hidup merdeka. Pendek kata, keselamatan kemanusiaan membolehkan orang ramai berasa yakin dengan keadaan semasa atau masa depan," titah baginda dalam ucapan pada Persidangan Kemanusiaan Antarabangsa 2011 anjuran Mercy Malaysia di sini semalam.

Raja Nazrin juga menegaskan keselamatan manusia pada hari ini bukan semata-mata mengenai bebas daripada perang sahaja tetapi juga mengenai kemampuan untuk bangkit semula daripada kejadian bencana alam.

"Punca bagi manusia untuk merasa tidak selamat kini semakin berganda. Paling tidak pun, kejadian bencana alam, perubahan corak cuaca dan pandemik telah menjejaskan hidup manusia sejak dekad lepas yang telah memberi ruang kepada kita untuk berfikir sejenak mengenai apakah asas yang perlu digunakan untuk jaminan keselamatan," titah baginda. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment