My Add

Thursday 24 November 2011

Dewan Rakyat lulus usul mansuh tiga Proklamasi Darurat

KUALA LUMPUR,, KHAMIS, 24 November, 2011: 
PERSIDANGAN Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 1966, 1969 dan 1977. 

Usul itu diluluskan pada 4 petang apabila bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, menyaksikan lebih suara menyokong.

Pada sesi persidangan pagi tadi, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, membentang usul supaya tiga proklamasi yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan itu dibatalkan selepas keadaan darurat dan ancaman keselamatan tidak lagi wujud.

Ketika membahas usul itu, Ahli Dewan termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, rata-rata menyokong pemansuhan proklamasi itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment