My Add

Thursday 24 November 2011

Pemuda UMNO kesal ada pihak perlekeh bantuan RM100

TAWAU, KHAMIS, 24 November, 2011 
PERGERAKAN Pemuda UMNO kesal dengan sikap pihak tertentu yang dikatakan cuba memperlekeh bantuan persekolahan RM100 yang diberikan kepada pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.

Exco Pendidikan pergerakan itu Gasing Saling berkata, kerajaan memberi bantuan itu bagi meringankan beban ibu bapa untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka dan sepatutnya diterima dengan rasa syukur.

"Kita faham, mungkin bagi sesetengah orang RM100 itu tidaklah begitu besar jumlahnya, tetapi kita juga perlu ingat, bagi sesetengah orang pula ia mungkin amat bermakna dan meringankan bebanan mereka,” katanya.

Gasing yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kalabakan berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 setiap seorang kepada 444 pelajar di SM Teknik Tawau, hari ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment