My Add

Friday 25 November 2011

GPMS sambut baik hasrat kerajaan pinda AUKU

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 November, 2011: 
GABUNGAN Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) menyifatkan hasrat kerajaan untuk meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti 1974 (AUKU) sebagai berani dan akan memberi impak positif kepada pelajar.

Presidennya, Jais Abdul Karim berkata, kesungguhan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuktikan kerajaan amat memahami kehendak pelajar universiti sekarang selaras dengan era dunia terbuka tanpa sekatan.

Dalam kenyataannya, Jais berkata, kini pelajar universiti perlu pandai membahagikan masa antara politik dan pembelajaran di kampus demi menjamin tujuan utama penuntut untuk belajar tidak diketepikan.

Pada 31 Oktober lepas Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Seksyen 15(5)(a) AUKU 1974 yang melarang mahasiswa berpolitik adalah tidak sah dan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment