My Add

Friday 25 November 2011

Keputusan permohonan Khairy batal saman Anwar ditangguh

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 25 November, 2011: 
MAHKA,AH Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bagi mengemukakan hujah selanjutnya untuk permohonan membatalkan saman fitnah RM100 juta Datuk Seri Anwar terhadap beliau. 

Peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Khairy memberitahu pemberita bahawa Hakim Datuk Hue Siew Kheng menangguhkan keputusan itu yang dijadualkan hari ini atas permintaannya kerana beliau perlu mengemukakan hujah selanjutnya mengenai permohonan itu.

Muhammad Shafee berkata, mahkamah menetapkan 14 Disember untuk mendengar hujah selanjutnya oleh kedua-dua pihak.

Peguam Sulaiman Abdullah dan J Leela mewakili ketua pembangkang itu. 

Khairy memfail permohonan pada 21 Februari tahun ini dengan berkata bahawa saman itu adalah remeh, menimbulkan gangguan dan salah guna proses mahkamah. 

Pada 7 Mac, 2008, Anwar, 64, memfail saman terhadap Khairy, dengan mendakwa beliau, selaku Naib Ketua Pemuda UMNO ketika itu sudah melahirkan kata-kata fitnah dan menghasilkan tulisan di laman web, termasuk Malaysiakini.com, dan klip video bertajuk "Anwar and kin no threat" (Anwar dan waris bukan ancaman). 

Anwar mendakwa klip video di Malaysiakini.com mengandungi kata-kata fitnah diucapkan oleh Khairy pada "ceramah" di Lembah Pantai di sini pada atau kira-kira 20 Feb, 2008. 

Anwar berkata, kata-kata fitnah itu, antara lain, membawa maksud beliau terbabit dalam aktiviti yang bertentangan dengan Islam, tidak mempunyai perilaku baik dan tidak layak memegang jawatan politik dan jawatan lain. 

Khairy, dalam kenyataan pembelaan yang difail pada 8 Oktober tahun lalu berkata beliau bergantung pada pembelaan kewajaran dan perlindungan bersyarat. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment