My Add

Friday 25 November 2011

Kerajaan iktiraf hak mahasiswa sertai parti politik - Saifuddin

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 November, 2011: 
KEPUTUSAN meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 menunjukkan bahawa kerajaan mengiktiraf hak dijamin perlembagaan untuk mahasiswa terlibat dalam politik, kata Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau berkata, ia membuktikan kerajaan sentiasa mendengar suara orang muda khususnya mahasiswa yang meminta supaya mereka yang ingin terlibat dalam politik harus dibenarkan.

"Ia membuktikan bahawa kerajaan sentiasa melakukan pembaharuan... pindaan yang awal sudah dibuat pada Feb 2009, dan ini akan berlaku satu lagi pindaan yang lebih besar dan komprehensif,” katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen, hari ini.

Menurut Saifuddin, Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan dipinda itu membawa perubahan yang lebih bermakna terhadap penglibatan mahasiswa dalam politik negara secara menyeluruh. - BERNAMA

1 comment:

  1. arrayah.info - Tanggungjawab Berdakwah, Pelajar Perlu Masuk Parti Politik Islam

    ReplyDelete