My Add

Friday 25 November 2011

Lebih RM500,000 kompaun untuk kawal denggi

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 24 November, 2011: 
KEMENTERIAN Kesihatan mengeluarkan 1,233 kompaun berjumlah RM554,649 bagi mengawal wabak denggi melalui penguatkuasaan Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 sepanjang Oktober lalu. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata purata setiap kompaun yang dikenakan ialah RM449.83.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, 179 kes didaftar untuk tindakan mahkamah dan 31 kes disabit kesalahan dengan denda berjumlah RM8,400 dikenakan, iaitu purata RM270.96 bagi setiap denda.

Dr Hasan berkata, 11,589 kompaun bernilai RM5,053,079 dikeluarkan antara Januari dan Oktober 2011, dengan 1,593 kes didaftar untuk tindakan mahkamah. 

Dalam masa sama, 441 kes disabitkan kesalahan dengan denda berjumlah RM189,614 dikenakan, katanya dalam kenyataan, hari ini. - BERNAMA 


No comments:

Post a Comment