My Add

Thursday 24 November 2011

Kor Ming diarah keluar DUN

IPOH, KHAMIS, 24 November, 2011: SIDANG Dewan Undangan Negeri (DUN) kecoh semalm gara-gara tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Nga Kor Ming enggan menarik balik perkataan 'pelacur politik' dan 'katak' sehingga diperintah keluar dewan.

Arahan itu dikeluarkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Hee Yit Foong mengikut Perkara 44 (3) Perintah Tetap DUN yang menyebabkan Kor Ming daripada DAP tidak dibenarkan meneruskan persidangan, lapor ANI AWANG

Yit Foong berkata, tindakan Kor Ming mengeluarkan perkataan tersebut jelas menghina wanita.

"Saya dah beri amaran sebanyak tiga kali kepada Kor Ming supaya menarik balik perkataan yang keji ini, tetapi dia tidak patuhi amaran itu," katanya.

Kor Ming yang diiringi petugas meninggalkan Dewan pada pukul 1.15 tengah hari walaupun pada mulanya enggan berbuat demikian. - Utusan Malaysia

No comments:

Post a Comment