My Add

Thursday 3 November 2011

MTUC cadang kemuka aduan kepada ILO

KIRA-KIRA 200 ahli Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) berpiket di depan Wisma Kesatuan Pekerja di Petaling Jaya, hari ini bagi membantah Pindaan Akta Pekerjaan 1955. - Foto BH Online

KHAMIS, 03 November, 2011: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) bercadang mengemukakan aduan berhubung pindaan Akta Kerja 1955 kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) sekiranya permintaan mereka tidak dilayan kerajaan. 

Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor, berkata langkah itu sebagai susulan selepas pertemuan dengan Kementerian Sumber Manusia sebanyak 18 kali tidak membuahkan hasil. Beliau berkata, bantahan seperti ini akan diteruskan sehingga Kerajaan menarik balik pindaan akta yang seharusnya menjamin hak asasi pekerja di Malaysia.


No comments:

Post a Comment