My Add

Friday 4 November 2011

Seksualiti Merdeka tak merdeka

Oleh RAJA SYAHRIR ABU BAKAR
JUMAAT, 04 November, 2011: Penganjur acara budaya seks bebas dan songsang, Seksualiti Merdeka 2011 sama seperti Majlis Peguam dan Suara Rakyat Malaysia (Suaram). 

Pesertanya dilihat sebagai kumpulan yang terkeliru dan cuba mengelirukan orang ramai dengan menggunakan perkataan 'merdeka' pada nama program itu.

Keadaan itu amat menyedihkan kerana golongan cerdik pandai seperti artis, pelukis, penceramah, peguam, pakar perubatan serta sebahagian golongan elit tersebut dilihat jahil kerana terpengaruh dengan pemikiran liberal walhal ia jelas bertentangan dengan norma asas kehidupan manusia.

Jurucakap Urus Setia Menangani Gejala Sosial (Unggas) Malaysia, Ciffi Faizal Zahinor berkata, selain itu, budaya seks bebas serta songsang yang diperjuang mereka menyalahi nilai kebanyakan agama di dunia terutama Islam, Kristian, Buddha dan Hindu, lapor Utusan Malaysia.

"Golongan ini bijak memilih perkataan 'merdeka' seumpama mereka dijajah dan didiskriminasi kerajaan serta golongan agama.

"Namun realitinya golongan inilah yang sebenarnya dijajah oleh pemikiran kuning budaya Barat yang sebelum ini tidak pernah digembar-gemburkan di rantau Asia," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Seksualiti Merdeka 2011 yang bermula semalam hingga 13 November ini bertujuan menjadi platform kepada usaha menghalalkan budaya seks bebas dan songsang di negara ini khusus buat golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dengan mengajak kelompok itu tampil berkongsi pandangan.

Walaupun telah dimulakan sejak 2008 dalam skala kecil, program tahun ini dibuat lebih meriah merangkumi acara seperti bengkel, perbincangan, filem, pameran dan persembahan.

Antara nama program menjijikkan yang tersenarai sepanjang ia berlangsung termasuk 'Confessions Cabaret, Rainbow Massacre-Love Out Loud!, Policing Sexuality: Sex, Society & The State; The Transexual VS The Ministry of Population Control.'

Selain itu, ia turut memuatkan program 'Defence Against The Dark Hearts: Homophobia 101; Under A Rainbow Roof: The Siti & Pepper Show; Fierce & Fabuluos: Shel;ah's Finishing School for Drag Queens; Human Rights for LGBTIQ: Making It Real in Malaysia dan justice For Sisters: Nyah Rights Now!'

Ciffi Faizal menambah, program seumpama itu pasti menyumbang kepada penyebaran penyakit seksual seperti HIV dan AIDS serta penyakit kelamin lain dalam negara.

"Seksualiti Merdeka 2011 perlu disekat kerana ia bertentangan dengan akidah Islam serta kepercayaan agama lain kerana jelas melanggar fitrah kejadian manusia.

"Melalui program ini juga, dikhuatiri fahaman liberal semakin tersebar dan akhirnya menyebabkan keracunan kepada masyarakat," katanya.

No comments:

Post a Comment