My Add

Thursday 24 November 2011

Muhyiddin minta rakyat Kedah tak ulangi kesilapan

SUNGAI PETANI,KHAMIS, 24 November, 2011: 
TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat Kedah tidak mengulangi kesilapan sekali lagi dengan memilih calon bukan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang sekiranya mahu melihat lebih banyak pembangunan berlaku di negeri ini.

Ketika menyampaikan ucapan ringkas selepas bersarapan pagi bersama orang ramai di Pekan Sungai Lalang Lama di sini, beliau berharap rakyat dapat membuat pertimbangan sebaik-baiknya untuk memilih parti yang akan memerintah Kedah kelak.

”... yang penting, kerajaan Pusat akan terus bantu rakyat Kedah hidup lebih selesa namun rakyat mempunyai pilihan untuk memilih meminta bantuan daripada Perdana Menteri atau Menteri Besar,” kata Timbalan Perdana Menteri.

Terdahulu, ketibaan Muhyiddin di pekan itu dengan menaiki bas ekspres dari Butterworth kira-kira pukul 8.50 pagi disambut pemimpin dan anggota parti komponen BN daripada MCA, MIC, PPP dan Gerakan. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment