My Add

Thursday 24 November 2011

Puteri UMNO tumpukan akar umbi, tidak kejar publisiti

Rosnah Abdul Rashid Shirlin
KUALA LUMPUR, KHAMIS,  24 November, 2011: Tumpuan yang lebih di peringkat akar umbi dalam melaksanakan pelbagai program tanpa mengejar publisiti merupakan antara faktor Pergerakan Puteri UMNO kurang menonjol di layar media massa.

Namun, Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin menegaskan ia tidak bermakna sayap muda UMNO itu tidak bekerja keras, malah mereka amat komited dalam usaha mengurangkan masalah sosial melibatkan generasi muda di negara ini.

"Kita terpanggil untuk lakukan pelbagai program bukan semata-mata di peringkat kebangsaan tapi juga di peringkat bahagian.

"Kami faham peranan ini mungkin tidak dipandang besar, yang penting usahanya tetap ada.

"Kita tak boleh baiki masalah 100 peratus, tapi sekiranya berusaha, impak yang 20 hingga 30 peratus juga memberi makna,” katanya dalam temu bual dengan Bernama sempena Perhimpunan Agung UMNO 2011 di pejabatnya di sini, semalam.

Beliau berkata program Life is Precious (Hargai Kehidupan) dan B2R (Banteras Ragut dan Rogol) yang dijalankan dengan kerjasama hospital dan tokoh-tokoh banyak memberi pendidikan kepada generasi muda dan pelajar sekolah tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan mengelak daripada terjebak ke dalam apa jua jenis gejala sosial.

Katanya, Puteri juga mensasarkan untuk memperluas beberapa program lain yang telah mempunyai jenama tersendiri seperti Barber on Wheels (khidmat gunting rambut percuma kepada pelajar sekolah), Prihatin Puteri (program lawatan ke hospital-hospital), klinik bergerak dan Program Siswa Sihat 1Malaysia, yang memberi tumpuan kepada gaya hidup sihat di kalangan pelajar institusi pengajian tinggi, agar lebih ramai anggota masyarakat menerima manfaatnya. 

No comments:

Post a Comment