My Add

Thursday 3 November 2011

Pas, PKR Kedah bertukar satu kerusi

KHAMIS, 03 November, 2011: Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kedah bersetuju untuk bertukar satu kerusi masing-masing pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, bagaimanapun Pas tetap mengekalkan status quo untuk bertanding di 24 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagaimana dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12).

"Tahun ini ada pertukaran, ada satu kerusi Pas akan ditandingi oleh PKR, yang ditandingi PKR akan diambil oleh Pas, tetapi status quo agihan kerusi adalah kekal seperti 2008," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di Wisma Darul Aman di Alor Setar, semalam.

Menurut Utusan Malaysia, Azizan yang juga Pesuruhjaya Pas Kedah bagaimanapun tidak menyatakan nama kerusi berkenaan kerana ia masih terlalu awal untuk diulas.

Mengenai perebutan kerusi antara DAP dengan PKR, beliau berkata, ia akan diselesaikan oleh parti-parti terlibat dan Pas tidak mempunyai sebarang masalah dalam isu tersebut.

Menurutnya, memang terdapat banyak spekulasi berhubung agihan kerusi, namun jawatankuasa majlis perundingan pakatan pembangkang masih berbincang mengenai perkara itu.

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan 24 ditandingi oleh Pas, 10 kerusi (PKR) dan dua kerusi (DAP).

No comments:

Post a Comment