My Add

Thursday 3 November 2011

TPM saran peniagabumiputera, GLC dan Cina gabung tenaga

MUHYIDDIN (dua dari kanan) menerima cenderamata daripada penaung Forum Ekonomi Dunia Ketiga Cina, Tan Sri Lee Kim Yew sejurus merasmikan Forum Ekonomi Dunia Ketiga Cina di Kuala Lumpur, hari ini. Turut hadir, penasihat Forum Ekonomi Dunia Ketiga Cina, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (kiri) dan Pengerusinya, Datuk Dr Michael Yeoh (kanan). - Foto BERNAMA



KHAMIS,o3 November, 2011: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa komuniti perniagaan Cina tempatan supaya terus menjadi rakan kongsi dalam membangunkan Malaysia dan melabur dalam ekonomi domestik. 

Beliau juga meminta mereka supaya bergabung tenaga dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan peniaga-peniaga bumiputera untuk memainkan peranan di peringkat seterusnya dalam pembangunan Malaysia, lapor Bernama.

"Sudah sekian lama, ahli peniagaan Cina tempatan menjadi pelabur domestik utama dan adalah selamat untuk mengatakan bahawa tanpa mereka, Malaysia tidak akan berada pada kedudukan hari ini.

"Bagaimanapun, sejak lebih 10 tahun yang lalu semakin banyak pelaburan dalam negeri dijalankan oleh GLC," katanya dalam ucaptamanya pada Forum Ekonomi Cina Dunia ketiga di sini hari ini. 

Beliau juga berkata, terdapat ruang untuk penambahbaikan dalam hubungan antara Malaysia dan China dalam tahun-tahun akan datang. 

Malaysia, katanya, mahu terus menjalin hubungan, meningkatkan kerjasama dan menggunakan kebanyakan kepakaran masing-masing untuk faedah bersama. 

"Dalam tempoh lima tahun akan datang, kami menjangka perdagangan antara Malaysia dan China akan berganda dan mencecah lebih daripada AS$100 bilion menjelang 2015. 

"Tetapi semasa kita memainkan peranan kita, saya juga ingin melihat sektor swasta memainkan peranan yang lebih besar. 

"Sehingga kini, syarikat-syarikat Malaysia melabur lebih AS$2 bilion di China tetapi syarikat-syarikat China hanya melabur AS$250 juta di sini. Saya ingin jurang ini dirapatkan," katanya. 

Beliau berkata, melalui Model Baru Ekonomi dan Rancangan Malaysia Ke-10, Malaysia melabur dan menggalakkan industri pertumbuhan baru yang akan memberi peluang penting bagi sektor swasta untuk mengambil bahagian dalam pembangunan negara. 

"Dalam usaha untuk menjadikan sektor swasta jentera pertumbuhan baru, perniagaan perlu terbuka, telus dan pengawasan ekonomi yang adil. 

"Kami akan terus dengan pendekatan ini dan melalui liberalisasi dan penyahkawalseliaan, bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang kompetitif bagi sektor swasta berkembang maju," katanya. 

Beliau menegaskan bahawa Malaysia meliberalisasikan 17 subsektor perkhidmatan bulan lalu selain daripada 27 yang diumumkan pada 2009, menjadikan ekonomi Malaysia lebih terbuka. 

Forum itu, bertemakan "Menghubung Timur dan Barat", dianjurkan bersama oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) dan Country Heights Group. 

Ia memberi tumpuan kepada kemunculan kuasa ekonomi China Global, bukan sahaja dari China tetapi juga diaspora Cina di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment