My Add

Wednesday 2 November 2011

Pelan Induk Pengangkutan Awam, bukan MRT - Syed Hamid

Syed Hamid Albar
RABU, 2 November, 2011: Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) semalam menjelaskan draf pelan induk yang akan dipaparkan di laman webnya ialah berkaitan pengangkutan awam - bukan My Rapid Transit (MRT) seperti yang dilaporkan. 


Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar,  ketika mengulas laporan Bernama berhubung perkara itu, berkata beliau ditanya tentang Pelan Induk Pengangkutan Awam yang disediakan SPAD.

"Saya menjawab dengan memberikan butiran tentang bagaimana SPAD akan mengumumkan pelan induk itu, antaranya menerusi paparan di laman web bagi membolehkan orang awam memberikan maklum balas mereka.

"Saya tidak pernah menyebut istilah ”Pelan Induk MRT” seperti yang dilaporkan. Malah tidak ada dokumen seperti Pelan Induk MRT,” katanya dalam surat kepada Bernama hari ini.

Beliau juga berkata kenyataan mengenai penjajaran MRT pada sidang akhbar semalam tidak berkaitan langsung dengan pelan induk.

"Apa yang saya katakan ialah mereka yang mempunyai masalah dengan penjajaran MRT perlu membawa isu itu kepada syarikat Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd, bukan SPAD.

"Saya juga berkata SPAD telah memuktamadkan penjajaran itu, dan bagi pihak kami, isu ini telah selesai,” katanya.

No comments:

Post a Comment