My Add

Friday 4 November 2011

Penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 dipanggil polis

File:Hisham Keris.jpeg
Add caption
JUMAAT, 04 November, 2011: Polis sudah memanggil penganjur Program Seksualiti Merdeka 2011 termasuk bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S Ambiga untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan berhubung penganjuran program itu. 

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 27A(1)(C) Akta Polis berhubung penganjuran program itu dan memanggil mereka bagi membantu siasatan, lapor Bernama.

"Kita sudah panggil penganjur cuma saya belum menerima laporan sama ada mereka sudah direkodkan keterangan atau tidak. Kertas siasatan itu nanti akan diputuskan Peguam Negara sama ada untuk mengenakan dakwaan atau tidak," katanya selepas majlis penyerahan 67 ekor lembu korban bagi kawasan Parlimen Sembrong di Kluang, hari ini.

Penganjuran program itu bertujuan menuntut hak kesaksamaan gender serta mengiktiraf pengamal seks songsang seperti gay, lesbian, biseksual dan transeksual untuk mengamalkan gaya hidup pilihan mereka secara sah dan terbuka. 

Hishammuddin berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpendirian penganjuran program itu bukan saja bercanggah dengan undang-undang negara tetapi juga agama, adat resam dan budaya yang boleh menjejaskan ketenteraman masyarakat. 

No comments:

Post a Comment