My Add

Friday 4 November 2011

Siasatan tukaran saham MAS-AirAsia perlu segera: Mahathir

Dr Mahathir
JUMAAT, 04 November, 2011: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata siasatan berhubung perjanjian pertukaran saham antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia perlu dilaksanakan secepat mungkin tanpa menjejaskan operasi harian kedua-dua syarikat penerbangan berkenaan. 

"Kalau nak siasat...siasatlah, tapi pastikan janganlah sehingga boleh mengganggu perjalanan operasi harian MAS dan AirAsia," katanya selepas menyampaikan ucapan penutup di Forum Ekonomi Cina Dunia ketiga di sini, hari ini.

"Macam ambil buku akaun berbulan-bulan, sampai tak bagi balik, orang tak boleh beroperasi, susahlah," tambah Bekas Perdana Menteri

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, memberitahu Dewan Rakyat bahawa Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia sudah memulakan siasatan berhubung perjanjian pertukaran saham antara MAS dan AirAsia. 

Mengulas pandangannya terhadap pertukaran saham antara MAS dan AirAsia, Tun Mahathir berkata, beliau menyokong urus niaga tersebut kerana ia memberi nilai tambah kepada MAS, lapor Bernama

"Saya hanya mengadu pasal pengurusan sebab MAS selalu rugi sedangkan AirAsia mampu mengurangkan kos begitu rendah sehingga boleh beroperasi. Kalau kos dia (AirAsia) rendah sampai rugi, hari ini syarikat itu dah tutup. 

"Jadi ada sesuatu pengetahuan yang ada pada AirAsia yang mungkin boleh diguna oleh pihak MAS," katanya lagi. 

No comments:

Post a Comment