My Add

Saturday, 26 November 2011

PKR akui calonnya sebelum ini papar prestasi hambar

JOHOR BAHRU, SABTU, 26 November, 2011: 
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) akur dengan teguran terdapat calonnya yang dipilih sebelum ini memaparkan prestasi hambar sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri serta kurang berkhidmat kepada rakyat. 

Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, berkata oleh yang demikian,
parti akan memastikan calon yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya umum 
ke-13 akan datang benar-benar berkelayakan. 

Beliau turut memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan akan 
dirundingkan terlebih dahulu dengan cabang dan akar umbi. 

"Harus di kalangan yang berkelayakan dan diyakini punyai prinsip perjuangan 
dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh...kita harus lega 
mereka bertindak keluar dan tersisih daripada perjuangan," katanya semasa menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Nasional PKR kelapan, di sini, hari ini. 

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Dr Wan Azizah berkata PKR hanya akan 
memilih calon yang komited sahaja untuk bertanding pada pilihan raya umum akan 
datang. 

"Pada pilihan raya umum 2008 kita kekurangan calon dan kita ada lebih ramai 
calon untuk pilihan raya akan datang," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment