My Add

Tuesday 1 November 2011

Rakyat Kelantan sedar kegagalan Pas - Awang Adek

SELASA, 1 November, 2011: Rakyat Kelantan yang mahukan perubahan kini mula menyokong kerajaan Barisan Nasional apabila menyedari kegagalan kerajaan negeri pimpinan Pas membangunkan negeri itu, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin.

Beliau berkata, Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan, pelaburan dan ketiadaan peluang pekerjaan menyebabkan rakyatnya mula bangkit untuk kembali kepada Barisan Nasional (BN), lapor Bernama.

"Kelantan yang begitu jauh ketinggalan dalam pembangunan menyebabkan rakyatnya inginkan perubahan. Saya nampak kesedaran secara menyeluruh di kalangan rakyat Kelantan bahawa mereka mahukan kemajuan dalam negeri. Ini membuatkan sokongan kepada BN lebih diterima hari ini.

"Kesedaran politik di kalangan rakyat Kelantan semakin meningkat berikutan ketiadaan peluang kerja dan niaga di negeri itu begitu dirasakan oleh penduduknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Inovasi 2011 Kementerian Kewangan di Putrajaya, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan berkata, Kelantan merupakan negeri yang paling kecil menerima pelaburan pada tahun lalu, iaitu hanya RM187 juta atau 0.3 peratus berbanding RM40 bilion di seluruh negara.

No comments:

Post a Comment