My Add

Saturday 5 November 2011

Rakyat kita dipenjara 10 tahun godam Rizab Persekutuan AS

SABTU, 05 November, 2011: Mahkamah Daerah Amerika Syarikat (AS) menjatuhkan hukuman penjara sehingga 10 tahun ke atas seorang warga negara Malaysia, Lin Mun Poo, Jumaat (waktu tempatan), selepas didapati bersalah menggodam Rizab Persekutuan Amerika Syarikat dan beberapa bank lain. 

Pihak berkuasa negara itu, berkata Lim mengaku bersalah menggodam bank pusat AS, beberapa institusi kewangan swasta lain, memiliki kad bank curi dan nombor kad kredit.
Dia juga mengaku menggodam pelayan (server) komputer Rizab Persekutuan dan memasukkan kod perisian yang memberikan ancaman di dalam sistem pelayan terbabit.

AFP melaporkan dari Washington, menurut pendakwa raya, Lim memasuki AS Oktober tahun lalu dengan tujuan menjual kad kredit curi dan nombor kad bank, tetapi seorang daripada pembelinya adalah ejen penguatkuasa AS yang sedang melakukan penyamaran. 

Ketika ditahan, dia memiliki lebih daripada 122,000 kad bank curi dan nombor kad kredit. 

Sementara itu, Jabatan Kehakiman AS berkata, aktiviti jenayah siber Lim turut mengancam sektor keselamatan negara itu, termasuk menggodam sistem komputer kontraktor Pentagon yang menyediakan perkhidmatan sistem pengurusan bagi pengangkutan ketenteraan dan operasi seumpamanya yang lain.

No comments:

Post a Comment