My Add

Thursday, 3 November 2011

Sekarang masa sesuai melabur di Myanmar - Dr Mahathir

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcSxbwhg51xvguBPMy5ARnqGr1VSv9N4BSvYMoeNeQ16kztdepKT
Dr Mahathir
KHAMIS, 03 November, 2011: Sekarang adalah masa yang sesuai bagi para pelabur Malaysia untuk datang melabur di Myanmar, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, mereka yang tidak berbuat demikian kemungkinan akan ketinggalan di belakang para pelabur negara lain, lapor Bernama.

"Saya nampak Myanmar kini lebih relaks,” katanya di Yangon hari ini, sambil menyatakan, Myanmar kini bersedia untuk melakukan perubahan ke arah satu masyarakat yang lebih terbuka.

Beliau telah terbang ke pusat pentadbiran baharu Myanmar di Nay Pyi Taw pada sebelah pagi tadi untuk bertemu Presiden Myanmar, Thein Sein di pejabat Presiden itu.

Pertemuan berkenaan berlangsung lebih sejam sebelum beliau menemui Menteri Perindustrian Myanmar, So Thein.

Mengulas mengenai pertemuannya dengan Thein Sein, bekas Perdana Menteri, yang bertanggungjawab membawa masuk Myanmar menyertai ASEAN itu, berkata, Presiden Myanmar itu telah bercakap mengenai pelbagai bidang.

Antaranya mengenai mata wang Kyat Myanmar dan langkah untuk mengadakan kerjasama dalam pembangunan estet sektor kelapa sawit dan getah di sebelah selatan negara itu.

No comments:

Post a Comment