My Add

Thursday, 3 November 2011

Anak perempuan PM tak berada di Australia semasa CHOGM

KHAMIS, 03 November, 2011: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Beliau berkata, orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas,” kata Najib dalam Twitter terbarunya.

Ulasan beliau adalah berikutan penerbitan satu artikel dalam sebuah akhbar Australia yang mendakwa anak perempuannya membelanjakan A$60,000 di sebuah pusat beli belah di Perth, venue perhimpunan CHOGM.

Laporan itu juga menyebut mengenai “seorang wanita pertama diketahui telah membeli mutiara bernilai A$150,000 di WA (Barat Australia)”.

Bagaimanapun, ia tidak menamakan individu yang menjadi tanda tanya.

Najib dan Rosmah kini sedang mengerjakan ibadat haji di tanah suci.

Keadilandaily kelmarin menyiarkan artilel dan keratan akhbar Australia itu, The West Australian bertajuk: Rosmah ‘Wanita Pertama’ beli mutiara RM487,000 di Australia?

Artikel panjang lebar Keadilandaily pula menyebut seperiti berikut: "Ketika berita mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dilapor berbelanja mewah di Australia, laman blog dan sosial seperti facebook menyiarkan gambar isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor memakai rantai mutiara.

Keratan The West Austalian yang disirkan Keadilandaily
Ia dikaitkan dengan laporan akhbar Australia, The West Australian yang mendedahkan perbelanjaan delegasi yang diketuai Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Perth, Australia minggu lalu.

Rombongan itu mengambil kesempatan untuk membeli belah di negara itu ketika menghadiri Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM).

Akhbar The West Australian melaporkan, seorang Wanita Pertama membelanjakan kira-kira A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara di David Jones- sebuah gedung mewah terkemuka di Australia Barat.

Namun akhbar itu tidak menamakan wanita terbabit.

Spekulasi bertiup kencang apabila blogger dan peminat politik mengaitkan wanita berkenaan dengan Rosmah- yang sebelum ini menggelarkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia atau Wanita Pertama Malaysia.

Selain itu, akhbar yang sama turut melaporkan anak gadis perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak membelanjakan sekurang-kurangnya RM195,000 untuk membeli belah di David Jones.

Bagaimanapun ini bukan kali pertama keluarga Najib dikecam kerana mengamalkan gaya hidup mewah ketika negara dibebani dengan hutang sebanyak RM437 juta dan rakyat menderita akibat kenaikan kos hidup.

Rosmah sebelum ini turut dikaitkan dengan pembelian cincin berlian berharga RM24 juta yang dibeli dari syarikat Jacob & Co- sebuah syarikat berlian terkemuka di London."

No comments:

Post a Comment