My Add

Friday 4 November 2011

Seksualiti Merdeka ada agenda lain - Zulkifli Noordin

JUMAAT, 04 November, 2011: Program seks bebas, Seksualiti Merdeka 2011 anjuran lebih 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu mempunyai matlamat lebih besar daripada sekadar mempromosikan seks sejenis atau membela hak asasi kumpulan lesbian, biseksual, gay dan transgender (LBGT).

Zulkifli Noordin
Zulkifli Noordin
Utusan Malaysia memetik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin sebagai berkata, program itu sebaliknya cuba menggerakkan usaha supaya Seksyen 377A-D Kanun Keseksaan yang mengharamkan liwat dan seks songsang dihapuskan.

''Ironinya seperti yang kita sedia maklum, ini adalah seksyen di mana Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikenakan pertuduhan meliwat pemandunya, Azizan Abu Bakar pada 1998 dan pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan pada 2008," katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat, semaam.

Seksyen 377a-d adalah satu peruntukan yang melarang amalan seks songsang dan luar tabii seperti seks melalui dubur sama ada antara lelaki dan lelaki, lelaki dan wanita (termasuk isteri sendiri) atau sama ada secara sukarela mahupun secara paksa, termasuk dengan haiwan.

Jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Menurut Zulkifli, program itu juga berniat jahat apabila cuba mengelirukan orang ramai dengan nama yang 'canggih' iaitu Seksualiti Merdeka bagi mempromosikan festival seks bebas.

Justeru kata beliau, Dewan Rakyat perlu mengutuk program itu dan tindakan tegas diambil kerajaan terhadap pihak yang menyokong program tersebut termasuk Datuk S. Ambiga sebagai satu mesej bahawa negara ini menolak amalan seks bebas.

Pada masa sama, Zulkifli turut membidas Majlis Peguam yang menyokong program itu tanpa mengambil kira sensiviti lebih 40 peratus daripada 15,000 anggotanya yang beragama Islam.

''Saya juga melihat program ini cuba memburuk-burukkan dan memperlekehkan Malaysia di peringkat antarabangsa kononnya tidak memberi ruang yang adil dan saksama kepada perjuangan hak asasi manusia di negara ini," katanya.

Zulkifli turut menempelak Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) kononnya program itu mendapat kelulusan kerajaan sedangkan kerajaan tidak pernah mengeluarkan permit atau memberi kebenaran untuk dianjurkan.

Mengikut perancangan, program itu yang berlangsung kelmarin sehingga 13 November ini turut membabitkan penganjuran satu perhimpunan di Annexe Gallery bersebelahan Bangunan Pejabat Peguam di Kuala Lumpur pada 9 November ini yang diberi nama Queer Without Fear (Ganjil Tanpa Rasa Takut).

No comments:

Post a Comment