My Add

Thursday 3 November 2011

Seksualiti Merdeka suatu kegiatan songsang - Muhyiddin

Muhyiddin Yasin
KHAMIS, 03 November, 2011: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata penganjuran Program Seksualiti Merdeka 2011 merupakan kegiatan songsang dan tidak membawa sebarang faedah kepada masyarakat negara ini secara keseluruhannya.

Beliau berkata program itu juga bertentangan dengan adat resam, budaya dan agama yang diamalkan oleh masyarakat di negara ini.

Katanya, walaupun Malaysia menandatangani perjanjian mengenai hak asasi manusia, tetapi dalam kehidupan bermasyarakat, negara ini mempunyai nilai, sistemnya, agama dan undang-undang yang menentang perkara songsang seperti itu, lapor Bernama.

"Sebab itu bagi saya, (program) itu tidak sesuai langsung dan saya tidak tahu apa faedahnya. Saya tidak faham kenapa mereka buat promosi seperti itu, apakah ada muslihat politik dan sebagainya, tetapi bagi rakyat Malaysia tentunya ada penilaian sendiri.

"Tetapi bagi saya sesuatu perbuatan yang tidak memberi keuntungan kepada sebahagian besar rakyat Malaysia sebaiknya tidak dibuat, ia satu pembaziran masa walaupun mereka boleh kata itu hak dan kebebasan mereka,” katanya selepas berucap pada majlis Dengan Guru-Guru Bahasa Inggeris:SMR HR Group di Kuala Lumpur, hari ini.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas penganjuran program itu yang bermula semalam sehingga 13 November ini yang mengiktiraf hak seksual di kalangan golongan lesbian, biseksual, gay dan transeksual (LBGT) di negara ini.

Ditanya sama ada program itu wajar dihentikan, Muhyiddin berkata, ia terpulang pihak penganjur kerana mereka mempunyai hak untuk mengadakan sebarang program, namun masyarakat harus menilai apakah kebaikan daripada program itu. 

No comments:

Post a Comment