My Add

Wednesday 2 November 2011

Tiada cadangan wajib lulus Pendidikan Islam bagi UPSR

RABU, 02 November, 2011: Kerajaan tidak bercadang untuk menjadikan mata pelajaran Pendidikan Islam sebagai mata pelajaran wajib lulus untuk peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), kata Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Beliau berkata, kementerian tidak pernah menetapkan kelulusan mana-mana mata pelajaran UPSR sebagai syarat kelayakan untuk ke sekolah menengah, kerana ujian itu hanyalah untuk menilai dan mengukur tiga kemahiran pelajar iaitu membaca, menulis dan mengira, lapor Bernama.

"Namun demikian mata pelajaran Pendidikan Islam merupakan subjek teras yang wajib dipelajari oleh murid-murid beragama Islam melalui kokurikulum sekolah,” katanya semasa menjawab soalan Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri (BN-Kuala Nerus) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

No comments:

Post a Comment