KUANTAN, SABTU, 26 November, 2011:
UMNO perlu menyediakan barisan yang hebat untuk menangkis tohmahan terhadap kerajaan yang kini berleluasa di media alternatif seperti blog dan laman sosial, kata Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Rahman.

Beliau berkata, UMNO perlu mengambil langkah itu kerana parti itu dilihat mengambil masa yang agak lama untuk menghentikan atau memberikan penjelasan kepada rakyat mengenai tohmahan yang dilemparkan.
Kelemahan UMNO dalam peperangan siber menentang media alternatif ini telah menyebabkan pelbagai isu yang telah diputarbelitkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab muncul di Internet, katanya.
"Peperangan siber yang UMNO ada sekarang kurang berkesan, UMNO sepatutnya mesti strategik menyediakan satu barisan penyerang yang paling hebat dan serang balik media alternatif yang mengeluarkan perkara tidak benar tentang kita (kerajaan),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis persembahan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Mubarak di sini hari ini. – BERNAMA
No comments:
Post a Comment