My Add

Saturday, 26 November 2011

Pemimpin UMNO harus jawab isu, tuduhan dibangkitkan

KUALA LUMPUR, SABTU, 26 November, 2011: 
PEMIMPIN UMNO harus menjawab isu dan tuduhan yang dibangkitkan dengan segera agar tidak timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat, kata Pengerusi Yayasan 1Malaysia, Dr Chandra Muzaffar.

Dr Chandra, yang juga Profesor Pengajian Global Universiti Sains Malaysia (USM), berkata, pendekatan tidak menjawab tuduhan dilemparkan kurang sesuai dalam masyarakat di negara ini yang mudah percaya terhadap pembohongan dan penipuan.

Beliau berkata, anggapan bahawa tuduhan yang tidak berasas dan ekstrem tidak akan dipercayai rakyat adalah salah.

"Seorang individu ini saya kenal telah dituduh dan memilih tidak menjawab tuduhan tersebut. Saya tanya kenapa tidak jawab masa itu, dia kata orang tidak percaya tuduhan itu.

"Pilihan Raya Umum 2008, ini (tuduhan itu) digunakan dan memberi kesan kepada Barisan Nasional,” katanya ketika menjawab soalan peserta pada Seminar Kebangsaan Pemahaman Wasatiyyah & 1Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

"Sekiranya ada perkara tertentu benar-benar berlaku, kita harus bersikap jujur. Kita harus akui ini berlaku, mohon maaf dan kita betulkan. Sekiranya ia tidak berasas kita jawab serta-merta,” katanya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment