KUALA LUMPUR, AHAD, 01 Januari, 2012: Kawasan rendah di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis berisiko mengalami banjir berikutan hujan lebat yang dijangka berterusan sehingga malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia sudah mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga bagi negeri berkenaan.
Kawasan terbabit di Kelantan ialah daerah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang dan Jeli manakala di Terengganu melibatkan daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Hulu Terengganu.
Di Kedah, kawasan terbabit ialah daerah Kubang Pasu, Padang Terap, Kota Setar, Pendang, Yan, Sik dan Langkawi, manakala di Perlis ialah Padang Besar, Kangar dan Arau. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment