My Add

Sunday 1 January 2012

Konvensyen Pencapaian Melayu rumus 14 resolusi

MELAKA, AHAD, 01 Jaanuari, 2012: Konvensyen Pencapaian Melayu Melaka Maju Negeriku Sayang Negeri Bandar Teknologi Hijau yang dijalankan selama dua hari berakhir semalam merumuskan 14 resolusi ke arah memperkasakan orang Melayu terutamanya dalam bidang ekonomi.

Ia merupakan intipati utama yang perlu diberikan perhatian oleh semua pihak, merangkumi aspek ekonomi, sosial dan politik bagi memartabatkan kedudukan orang Melayu dalam semua bidang.

Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Datuk Abdul Ghafar Atan berkata, kesemua resolusi itu dicapai hasil daripada beberapa siri pembentangan kertas kerja sepanjang konvensyen itu berlangsung.

Beliau yang mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, antara resolusi yang disepakati dalam konvensyen itu adalah merancang strategi bagi mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti bumiputera.

"Kita tetap akan berusaha mencari jalan untuk memastikan orang Melayu dan bumiputera di negeri ini mampu bersaing dengan kaum lain dalam perniagaan dan akan berusaha untuk mencapai sasaran 30 peratus dalam pemilikan ekuiti," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merumuskan resolusi tersebut pada majlis penutup konvensyen itu Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di Ayer Keroh, di sini semalam.

Antara yang terkandung dalam resolusi 14 perkara itu adalah memberikan didikan awal dalam bidang perniagaan dan keusahawanan kepada anak-anak, mewujudkan dasar Satu Keluarga, Satu Profesional dan penggunaan aplikasi Internet dan teknologi moden.

Dalam aspek sosial, resolusi yang dirumuskan adalah pencegahan aktiviti penyalahgunaan dadah dan kes buang bayi.

Manakala yang menyentuh bidang politik pula, menggalakkan golongan belia berusia 21 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi dan mewujudkan lebih banyak blog pro-kerajaan bagi menangkis segala tohmahan dan fitnah pembangkang. - MM

No comments:

Post a Comment