My Add

Friday 27 January 2012

Tingkat usaha strategik tawan semula Lembah Pantai

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 27 Januari, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan jentera Barisan Nasional (BN) bahagian Lembah Pantai agar meningkatkan usaha secara strategik untuk menawan semula kawasan berkenaan pada pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Perdana Menteri berkata, usaha yang tersusun, terancang dan rapi adalah penting dalam situasi masa kini yang agak mencabar terutama dengan sikap putar belit pihak pembangkang.

"Ketika ini usaha sedang dimulakan. Dalam situasi sekarang ini beberapa isu dan masalah yang timbul mudah digunakan oleh pembangkang.

"Mereka guna pelbagai cara terutama media sosial untuk sebar dakyah, bidaah dan fitnah kepada BN. Apa saja yang kita buat mereka putar belit untuk tunjukkan segala usaha yang kita buat tidak memberi manfaat kepada rakyat,” katanya ketika berucap pada Majlis Minum Petang bersama Jentera Induk Pilihan Raya BN Lembah Pantai di sini, hari ini. - BERNAMA


No comments:

Post a Comment